Maksud Al-‘Adalah ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Menurut Al-Mawardi ia juga bermaksud bercakap benar,jelas kejujuran, menjauhi haram, memelihara diri dari melakukan dosa atau bersubhat dengannya.
Dalil yang mengatakan tentang Al-‘Adalah, firman Allah s.w.t yang bermaksud : “ sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat… ( Surah Al-Nahl:90 ).
Keadilan boleh dilaksanakan di dalam perkara seperti berikut :
I. Membuat Sesuatu Keputusan
Sebelum membuat keputusan berkaitan dengan dengan sesuatu perkata kita
seharusnya melihat dari pelbagai sudut sebelum membuat keputusan tersebut. Ini
bagi mengelakkan sesuatu keputusan yang akan menyebabkan kita menyesalinya.
II. Pengucapan.
Keadilan dalam pengucapan bermaksud kita menyampaikan sesuatu perkara
kepada golongan-golongan tertentu mengikut kemampuan penerimaan mereka.
III. Keadilan terhadap Allah s.w.t
Kita tidak boleh syirik kepada Allah s.w.t iaitu dengan mengakui
kewujudan tuhan lain selain Allah s.w.t. Dosa syirik adalah dosa yang paling
besar dan tidak diampuni oleh Allah s.w.t.
IV. Timbangan dan ukuran.
Sesuatu perniaga yang melibatkan timbangan atau ukuran hendaklah
menjauhi daripada penyelewengan terhadap nilai timbangan dan ukuran.
V. Urusan Persendirian
VI. Pengurusan Harta.
Khususnya dalam pemeliharaan harta anak yatim piatu, kita dilarang sama
sekali daripada mengunakan harta mereka sehingga mereka meningkat dewasa.
Selain itu Keadilan juga hendaklah dilakukan dilaksanakan dalam urusan
penghukuman dan terhadap mereka yang tidak sependapat dengan kita.
Bentuk-bentuk Keadilan
Keadilan terbahagi kepada beberapa bentuk yang perlu kita fahami,
berikut adalah bentuk-bentuk keadilan :
I. Keadilan Dalam Bentuk Bersamaan
Sesebuah organisasi hendak melaksanakan keadilan dalam bentuk bersamaan
seperti mendapat bonus tahunan, hak bercuti dan sebagainya.
II. Keadilan Dalam bentuk Berbeza
Apa yang dimaksudkan denga keadilan dalam berbentuk berbeza ialah setiap
semua berhak untuk diberi gaji oleh majikan mereka, tetapi terdapat perbezaan
dalan jumlah gaji yang diberikan oleh majikan berdasakan kelulusan yang
diperolehi dan tanggungjawab yang diberi.
III. Keadilan Dalam bentuk Hak Istimewa
Hak istimewa yang diberikan kapada individu yang tertentu berdasarkan
sumbangannya kepada organisasi.
Al-Ubudiyyah ( Pengabdian diri ).
Al-Ubudiyyah bermaksud kita mengabdikan diri hanya kepada Allah s.w.t.
Segala ibadah yang kita lakukan adalah hanya untuk Allah s.w.t. manakala konsep
Al-Ubudiyyah dalam organisasi pula bermaksud kita hendaklah melakukan sesuatu
kerja secara bersungguh di institusi yang mengambil kita sebagai pekerja.
Dalil yang berkaitan dalam konsep Ubudiyyah, firman Allah s.w.t yang
bermaksud : “ Dan ingatlah, aku tidak mencipta jin dan manusia melaikan untuk
mereka menyembah dan beribadah kepadaKu’ ( Ad-Dzariyyat: 56 )
Al-Hurriyyah ( Kebebasan ).
Kebebasan bermaksud keupayaan untuk memilih melakukan sesuatu perkara
disamping mengikut undang-undag yang telah ditetapkan. Seseorang individu itu
diberi hak untuk beragama, berfikir, bersuara, mencari harta dan sebagainya
mengikut batasan yang di perkuatkuasakan.
Dalil yang berkatan Al-Hurriyyah, firman Allah s.w.t yang bermaksud : “
Tiada paksaan dalam beragama “ ( Al-Baqoroh:265 )
Prinsip Kebebasan ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:
1) Kebebasan beragama.
Kebebasan beragama bermaksud agama Islam tidak memaksa seseorang untuk
menganutinya, sebaliknya terpulang kepada individu tersebut. Tetapi andaikan
kita telah memeluk Islam maka wajib kita mengikut garispanduan yang telah
ditetapkan oleh Allah s.w.t dan tidak dibenarkan keluar dari agama Islam.
2) Kebebasan Diri.
Kebebasan diri bermaksud seseorang itu berhak melakukan perkara-perkara
yang disukai olehnya sama ada cara pemakaiannya, cara hidupnya. Selagi mana
kesukaan itu tidak melanggar undang-undang agama atau pun Negara maka individu
tersebut bebas melakukannya.
3) Kebebasan Bersuara dan Mengeluarkan Pendapat.
Seseorang individu berhak untuk bercakap atau mengeluarkan pendapatnya.
Sama ada pendapatnya akan diterima atau tidak terpulang kepada dpendengar.
Namun begitu jika kata-katanya boleh menimbulkan keadaan huru hara disesebuah
Negara, maka kebebasan tersebut mungkin terhalang.
4) Kebebasan Bergerak dan tiada pembatasan untuk bergerak.
Seseorang itu berhak bergerak kemana-mana sama ada bertujuan untuk
bercuti , sambung belajar , berniaga atau sebagainya. Namun begitu jika tujuan
bergerak untuk melakukan kejahatan adalah dilarang.
5) Kebebasan Mencari dan Memiliki Harta.
Islam sama sekali tidak menghalang untuk mencari harta, malah Islam
mengalakkan umatnya supaya bekerja sehingga mampu mengeluarkan zakat bagi
membantu orang-orang miskin.
No comments:
Post a Comment